Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Video Prebiu Untuk Samsung Galaxy S8 Mungkin Diperlihatkan Di MWC 2017

Samsung akan mengadakan acara khas di MWC 2017 pada 26 Februari ini. Mereka memberikan petunjuk bahawa tablet Samsung Tab S3 akan akhirnya dilancarkan. Ini akan menjadikannya tablet utama pertama dilancarkan oleh Samsung sejak 2015.

Kini kedengaran ura-ura mereka akan menunjukkan video prebiu selama seminit untuk Samsung Galaxy S8. Peranti yang dilancarkan di MWC sejak beberapa tahun kebelakangan ini ditangguhkan pelancarannya kerana masalah yang melanda Note 7. Apakah yang bakal diperlihatkan tidak diketahui buat masa ini. Peminat Samsung perlu menanti sehingga 29 Mac kerana ia dipercayai akan dilancarkan pada tarikh tersebut



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Video Prebiu Untuk Samsung Galaxy S8 Mungkin Diperlihatkan Di MWC 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info