Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tesla Motors Mengubah Nama Secara Rasmi Kepada Tesla

Di dalam arena kenderaan elektrik, Tesla Motors ialah syarikat yang paling dikenali orang ramai. Syarikat di bawah kepimpinan hartawan terkemuka Elon Musk ini berjaya membuktikan kenderaan elektrik bukan sahaja setanding dengan kenderaan bahan api fosil malah mampu memandu dengan sendiri. Kejayaan Tesla dengan Roadster dan Model S memaksa pengeluar lain seperti Chevy untuk menghasilkan kenderaan elektrik mereka sendiri.

Tesla Motors secara rasmi mengubah nama mereka kepada Tesla hari ini. Ini adalah kerana Tesla bukan lagi syarikat yang hanya mengeluarkan kenderaan elektrik tetapi turut menghasilkan bateri untuk rumah PowerWall dan atap rumah berpanel solar Solar Roof. Penjenamaan semula Tesla memberikan imej baru syarikat yang menumpukan kepada inovasi di dalam bidang tenaga.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tesla Motors Mengubah Nama Secara Rasmi Kepada Tesla"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info