WhatsApp telah mengumumkan fungsi WhatsApp Status sebelum ini, membolehkan pengguna berkongsi gambar dan video yang hilang selepas tempoh 24 jam. Kini, selang beberapa hari, fungsi berkenaan kini telah mula ditawarkan kepada semua pengguna di Malaysia – dan juga seluruh dunia.
Untuk menggunakannya, anda hanya perlu mengemaskini aplikasi WhatsApp anda kepada versi terkini, dan tab WhatsApp Status kini akan dipaparkan.
Ketika mengaksesnya buat pertama kali, anda akan diberikan pilihan tetapan privasi – untuk menetapkan anda terbuka untuk berkongsi WhatsApp Status dengan siapa, atau inginkan sesiapa yang dikecualikan daripada melihatnya.
Seperti perkhidmatan pada Instagram dan Facebook, pengguna turut boleh membuat balasan pada sesuatu perkongsian – dan ia akan dibalas melalui kotak sembang di WhatsApp.
Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, mungkin boleh mengemaskini aplikasi anda, mencubanya, dan berkongsi dengan kami pendapat anda berkenaan WhatsApp Status.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sokongan WhatsApp Status Diperkenalkan Untuk Pengguna Tempatan"