Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Portal Cancerfly Dilancarkan Bagi Membantu Pesakit Kanser Malaysia Mencari Pekerjaan

Penyakit kanser ialah penyakit yang boleh membawa maut. Kos rawatan yang tinggi menyebabkan ramai pesakit terpaksa bergolok gadai untuk terus hidup. Terdapat ramai juga kenalan yang meninggal dunia selepas mendapat “rawatan tradisional” yang lebih mampu milik tetapi langsung tidak berkesan. Kehilangan sumber pendapatan ketika rawatan menambahkan lagi beban sara hidup pesakit dan keluarga.

Menyedari masalah ini, Jabatan Radioterapi dan Onkologi Hospital Kuala Lumpur melancarkan portal Cancerfly.com untuk pesakit kanser. Pengasas Cancerfly, Dr M. Sri Ganesh berkata 48% pesakit mengalami masalah kewangan selepas mendapatkan rawatan. Bagi memudahkan mereka berdikari laman dilancarkan bagi menjadi tempat mereka menjual produk, menawarkan perkhidmatan dan mencari peluang pekerjaan. Laman ini akan dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri S. Subramaniam pada 20 Februari ini.

Layari portal pesakit kanser www.Cancerfly.com



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Portal Cancerfly Dilancarkan Bagi Membantu Pesakit Kanser Malaysia Mencari Pekerjaan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info