Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo R9s Versi terhad Min Chen Pula Akan Dilancarkan

Sempena Hari Kekasih yang baru berakhir semalam, Oppo R9s edisi terhad berwarna merah ditawarkan kepada pengguna di Malaysia. Sambutan yang menggalakkan diterima oleh Oppo dan kesemua unit berjaya dijual. Menyedari wujudnya permintaan untuk versi warna merah. Oppo R9s edisi Min Chen pula akan dilancarkan di Malaysia.

Ia mengekalkan warna merah Hari Kekasih tetapi dengan autograf dari Min Chen, penyanyi yang berasal dari Pulau Pinang. Peranti ini dilengkapi skrin 5.5″ AMOLED HD Penuh, pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 4 GB dan storan 64 GB. Kedua-dua kamera mempunyai sensor sebesar 16-Megapixel. Bateri sebesar 3010 mAh yang digunakan menyokong pengecasan pantas VOOC. Sebelum ini Oppo pernah juga menghasilkan Oppo F1S edisi khas Ayda Jebat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Oppo R9s Versi terhad Min Chen Pula Akan Dilancarkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info