Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nokia 3 Dan 5 Dijangka Dilancarkan Pada MWC 2016 – Termasuk Kemaskini Untuk Nokia 3310

HMD Global, syarikat yang kini mempunyai hak eksklusif untuk pengeluaran dan pemasaran telefon dibawah jenama Nokia dijangka akan memperkenalkan beberapa peranti baru pada MWC 2017 yang akan diadakan pada penghujung bulan ini. Selain daripada Nokia 6 yang sedia diumumkan untuk pasaran China, mereka dijangka memperkenalkan dua lagi telefon pintar baru – iaitu Nokia 3 dan juga Nokia 5.

Nokia 3 dijangka akan menjadi peranti Android dengan spesifikasi rendah, sementara Nokia 5 pula menawarkan pertengahan-rendah.

Daripada perkongsian @evleaks, Nokia 5 dikatakan akan menggunakan skrin bersaiz 5.2-inci pada paparan 720p, memori 2GB RAM, menggunakan cip Snapdragon 430, dan kamera belakang 12-megapixel. Seperti Nokia 3, ia turut dijangka akan menggunakan sistem operasi Android.

Dan melalui laporan sama, salah satu perkara menarik yang dikongsikan adalah dimana ia dikatakan peranti kemaskini untuk Nokia 3310 turut dijangka akan diumumkan – menawarkan versi moden untuk telefon bimbit popular berkenaan dengan masa bertahan bateri yang lama, dan disasarkan kepada peminat telefon nostalgia yang diperkatakan ramai berkenaan.

Ketiga-tiga peranti ini, disamping Nokia 6 dijangka diperlihatkan pada MWC 2017 pada penghujung bulan Februari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nokia 3 Dan 5 Dijangka Dilancarkan Pada MWC 2016 – Termasuk Kemaskini Untuk Nokia 3310"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info