Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Noctua Memperkenalkan Tiga Penyejuk CPU Untuk Cip Pemprosesan AMD Ryzen

Noctua baru sahaja memperkenalkan edisi istimewa baru penyejuk CPU mereka yang berdasarkan siri yang sedia ada mereka, khas untuk CPU AMD yang akan datang, Ryzen. Peneyejuk-penyejuk ini termasuklah Noctua NH-D15, NH-U12S, dan NH-L9x65 yang akan dibuat khas untuk socket SE-AM4 yang baru tersebut.

CEO Noctua, Roland Mossig berkata “Setiap penyejuk ini telah menerima lebih 100 anugerah, dan perakuan daripada pelbagai pihak, dan kami yakin bahawa penyejuk kami yang telah direka khas untuk soket SE-AM4 ini akan menjadi pilihan yang sangat baik untuk pembina-pembina komputer, tidak kisahlah jika anda membina PC mini-ITX ataupun komputer gergasi yang akan digunakan untuk tujuan overclocking.

Noctua NH-D15 mempunyai kapasiti menyejukkan CPU di suhu yang agak tinggi, dan ini membolehkan penggemar overclocker melakukan aktiviti overclocking sejauh yang mungkin, manakala kipas di penyejuk tersebut hanya berputar pada kadar yang perlahan.

Noctua NH-L9x65 pula merupakan penyejuk profil rendah dan padat, dan sesuai digunakan oleh mereka yang ingin membina sistem PC yang kecil dan tidak memerlukan ruang yang besar. Bagi mereka yang hanya mahukan penyejuk yang boleh mengurangkan haba dari CPU secara cekap tanpa melakukan sebarang perubahan, Noctua NH-U12S adalah penyejuk yang paling sesuai untuk mereka juga, dan boleh digunakan dalam cangkerang komputer pelbagai saiz.

Setiap model penyejuk CPU ini juga dilengkapi dengan teknologi SecuFirm2, iaitu sebuah mekanisma mengunci yang dicipta khas untuk soket SE-AM4 yang baru ini, untuk memastikan bahawa CPU AMD anda dipasang dengan mudah dan sempurna.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Noctua Memperkenalkan Tiga Penyejuk CPU Untuk Cip Pemprosesan AMD Ryzen"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info