Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nama Dan Tarikh Pelancaran Tiga DLC Untuk Mafia III Diumumkan

Mafia III yang muncul tahun lalu adalah sedikit mengecewakan bagi kami. Ketika di E3 kami mempunyai harapan yang tinggi untuk permainan dunia terbuka ini tetapi ia dilanda pelbagai masalah grafik serta misi yang berulang-ulang. Pihak Hangar 13 yang membangunkan Mafia III memberikan beberapa patch berdasarkan komen dari pemain. Bagi mereka yang masih menantikan kandungan baru untuk permainan ini, tiga DLC baru sahaja diumumkan.

Tiga DLC berbayar ini  ialah Faster Baby!, Stones Unturned dan Sign of the Times, Faster Baby! akan berkisar tentang misi menentang polis yang korup dan boleh dimuat turut pada penghujung Mac. Stones Unturned pula berkisar tentang misi bersama CIA dan Sign of Times pula berkisar tentang sindiket pengedaran dadah.  Kedua-dua DLC terakhir ini boleh dimuat turut pada bulan Mei dan Julai.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nama Dan Tarikh Pelancaran Tiga DLC Untuk Mafia III Diumumkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info