Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Menteri Mengarahkan Perkhidmatan Teksi-Motosikal, Dego Ride Untuk Dihentikan

Dego Ride merupakan salah satu perkhidmatan baru yang beroperasi sejak beberapa bulan lepas dengan menawarkan perkhidmatan teksi-motosikal – dimana penumpang boleh membuat tempahan pengangkutan ke sesuatu destinasi dengan menaiki motosikal. Perkhidmatan ini lebih disasarkan kepada penumpang jarak dekat, dan beroperasi sekitar Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, perkhidmatan berkenaan telah diumumkan sebagai menyalahi Akta Pengangkutan Jalan sebelum ini, dan kini Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan perkhidmatan Dego Ride atau teksi-motosikal dihentikan kerana faktor-faktor keselamatan.

Kementerian dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkhidmatan berkenaan terus beroperasi. Ia dikatakan bertentangan dengan undang-undang dimana pembonceng motosikal tidak boleh mengambil pengguna awam dan mendapatkan bayaran untuknya. Mengambil bayaran berkenaan dikatakan adalah menyalahi undang-undang.

Pada masa yang sama, Menteri turut mengatakan yang mana mereka masih tidak belum menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak berkaitan dengan perkhidmatan Dego Ride ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Menteri Mengarahkan Perkhidmatan Teksi-Motosikal, Dego Ride Untuk Dihentikan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info