Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lebih 80 Pokemon Baru Akan Ditambah Pada Pokemon Go Pada Minggu Ini

Masih memainkan permainan Pokemon Go? Niantic baru sahaja membuat pengumuman tentang kemaskini terbaru untuk permainan Pokemon GO untuk minggu ini, dimana mereka akan memperkeanlkan sejumlah watak Pokemon baru – sekaligus membuatkan anda yang masih memainkannya untuk mencarinya bermula minggu ini.

Watak-watak Pokemon baru yang ditambah ini berasal dari rantau Johto, dalam siri Pokemon Gold dan Silver, termasuklah Cyndaquil, Chikorita dan Totodile. Kemaskini terbaru ini bukan sahaja memastikan anda dapat menjumpai Pokemon ini sambil berjalan-jalan, malah, Niantic telah memasukkan konsep New Encounter, di mana Pokemon-Pokemon ini berkemungkinan akan bertindak secara luar biasa apabila anda cuba menangkapnya.

Anda akan perlu menggunakan makanan berry yang memberikan efek baru yang belum pernah dilihat sebelum ini, termasuklah Nanab Berries dan Pinap Berries yang akan memperlahankan Pokemon liar, dan juga memberikan anda candy dengan lebih banyak jika penangkapan anda yang berjaya.

Dengan kemaskini baru ini, para pemain juga boleh memberi avatar mereka pakaian seperti baju, seluar dan topi dengan rekaan yang baru.

Menurut Niantic, kemaskini ini akan ditawarkan pada minggu ini. Jika anda inginkan sebab baru untuk bermain Pokemon GO, ini mungkin sebab yang anda nanti-nantikan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lebih 80 Pokemon Baru Akan Ditambah Pada Pokemon Go Pada Minggu Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info