Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemaskini PlayStation 4 Seterusnya Akan Menyertakan Sokongan Untuk Cakera Keras Luaran

Sony hari ini telah berkongsi mengenai beberapa ciri-ciri baru yang bakal hadir bersama-sama PS4 System Software Update 4.5 tidak lama lagi, dimana salah satu yang mencuri perhatian adalah sokongan untuk cakera keras luaran.

Dengannya, kini pengguna boleh menghubungkan sebarang cakera keras HDD USB 3.0 ke Ps4 mereka, dan menyimpan kandungan padanya. Sony mengatakan ia menyokong HDD sehingga 8TB, dan pengguna bukan sahaja boleh menyimpan kandungan, tetapi turut memuat-turun dan memasang aplikasi terus padanya sebagai penggunaan ruangan storan tambahan.

PlayStation 4 HDD

Disamping itu, kemaskini ini juga akan menawarkan sedikit kemaskini pada antaramuka – termasuk sokongan gambar latar mengikut kegemaran pengguna, selain kemaskini untuk menu pantas. Notifikasi juga kini lebih dipermudahkan, disamping memudahkan pengguna untuk berkongsi terus ke Activity Feed dengan pantas.

Sony mengatakan PS4 System Software Update 4.5 akan menawarkan lebih banyak ciri-ciri lain, dan akan dikongsikan mereka dalam minggu-minggu akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemaskini PlayStation 4 Seterusnya Akan Menyertakan Sokongan Untuk Cakera Keras Luaran"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info