Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC Dijangka Hadir Dengan Peranti Realiti-Maya Mudah-Alih Pada Tahun Ini

HTC sejak daripada tahun lepas telah dilihat lebih memfokuskan kepada arena realiti-maya melalui HTC Vive. Walaubagaimanapun, ia tidak dipasarkan di Malaysia buat masa ini, dan pada masa yang sama turut dilihat ia agak mahal dan mungkin tidak begitu mesra untuk pengguna umum ramai.

Kini, untuk mengatasinya, pihak HTC dijangka akan memperkenalkan sebuah set realiti-maya mudah-alih. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah peranti ini akan beroperasi.

Melalui komen pihak HTC, ia dikatakan bukan hanya sekadar menyertakan telefon pintar pada set khusus seperti Gear VR atau Google DayDream View. HTC mengatakan mereka akan hadir dengan sesuatu yang berbeza.

Seperti ramai sedia maklum, HTC sendiri sebelum ini telah hadir dengan kedai aplikasi dan kandungan khusus untuk Vive – dan semestinya mereka tidak ingin sekadar berhenti setakat satu peranti realiti-maya sahaja.

Sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh HTC melalui peranti realiti-maya mudah-alih mereka kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC Dijangka Hadir Dengan Peranti Realiti-Maya Mudah-Alih Pada Tahun Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info