Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Now Launcher Akan Dibuang Daripada Google Play Store Pada Suku Pertama 2017

Google Now Launcher merupakan salah satu launcher yang ditawarkan oleh Google untuk pelbagai peranti Android, membolehkan mereka menambah fungsi Google Now – disamping turut menikmati antaramuka yang bebas daripada pelbagai penambahan grafik lain.

Terkini, ia dilaporkan Google akan membuang Google Now Launcher daripada Google Play Store dalam beberapa minggu lagi. Ini akan membuatkan pengguna baru tidak dapat memuat-turunnya – sementara pengguna sedia ada akan dapat terus menikmatinya, dan mungkin sedikit dikemaskini ditawarkan pada masa akan datang.

Google Nexus

Langkah ini dikatakan diambil kerana kini pelbagai launcher daripada pengeluar peranti sudah boleh mengintegrasikan fungsi panel Google Now, sekaligus membolehkan pengguna menggunakannya.

Walaubagaimanapun, Google Now Launcher semestinya dirindui ramai – apatah lagi memandangkan Pixel Launcher daripada Google hanya terhad kepada telefon Pixel sahaja buat masa ini. Mungkin sekiranya anda sedang melihat kepada alternatif, perlu menyemak Nova Launcher yang menawarkan beberapa fungsi tambahan dan antaramuka asas Android.

Muat-Turun Google Now Launcher untuk Android



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Now Launcher Akan Dibuang Daripada Google Play Store Pada Suku Pertama 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info