Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gambar LG G6 Tertiris Lagi Ke Arena Web

Minggu lagu gambar bahagian atas LG G6 tertiris dan memberikan petanda ia bukan lagi sebuah peranti modular. Ia turut mempunyai rekaan “dahi” yang lebih kecil berbanding G5 tahun lalu. Kini gambar rekaan panel belakangnya pula tertiris. Seperti yang diketahui sebelum ini, G6 mengekalkan sistem dwi-kamera.

Keseluruhan panel belakang yang berkilat nampaknya diperbuat daripada kaca. Kemasan ini menyerupai apa yang dilihat pada iPhone 7 Jet Black sebelum ini.  Sebuah pengimbas cap jari berbentuk bulat juga dapat dilihat. LG G6 akan dilancarkan secara rasmi di MWC 2017 pada 26 Februari akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Gambar LG G6 Tertiris Lagi Ke Arena Web"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info