Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Frekuensi XFR CPU AMD Ryzen Tertiris Ke Arena Web

CPU AMD yang terbaru, Ryzen, dijangka akan hadir dengan pelbagai ciri-ciri yang baru. Diantaranya ialah XFR, atau Extended Frequency Range, di mana model CPU Ryzen yang memiliki petanda X di belakang namanya, seperti AMD R7 1700X, boleh di-overclock secara automatik berdasarkan suhu CPU tersebut. Pendek kata, semakin baik kadar penyejukan CPU tersebut, semakin tinggi frekuensi CPU tersebut.

Terkini, WCCFTech berkongsi beberapa info berkenaan dengan spesifikasi XFR, dan ini adalah menarik kerana tirisan ini mengesahkan desas-desus tentang keberkesanan CPU AMD apabila di-overclock.

Satu contoh ialah model CPU R7 1800X. Frekuensi asas CPU ini ialah 3.6GHz, dan apabila ciri Turbo Boost dipasang, ia akan meningkat sehingga 4.0GHz. Dengan teknologi XFR, frekuensi ini akan ditingkatkan secara automatik sehinggalah had suhu tinggi dicapai.

Teknnologi ini membenarkan mereka yang berminat dengan aktiviti overclocking bakal menyukai dengan ciri baru CPU AMD ini yang dikatakan bakal memberikan saingan sengit kepada Intel.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Frekuensi XFR CPU AMD Ryzen Tertiris Ke Arena Web"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info