Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Boston Dynamics Memperlihatkan Robot Beroda Yang Mampu Melompat Seakan Metal Gear MK.II

Boston Dyanamics memang terkenal di dalam arena penghasilan robot. Sejak diasaskan pada tahun 1992 ia telah memperlihatkan robot BigDog yang kelihatan seperti keldai dan Atlas yang berbentuk seperti manusia. Ia diambil alih oleh Google pada tahun 2013 dan kini sedang mencari pemilik baru selepas kerana ingin dijual oleh Alphabet.

Kemampuan teknologi robotik mereka melangkah setapak lagi dengan Handle. Robot beroda dua ini boleh mengimbang dengan sendiri dan berputar seperti seorang peluncur ais. Tambah menakjubkan ia boleh melompat bagi mengelak halangan ketika bergerak. Handle mengingatkan kami kepada robot mini Metal Gear MK.II dari permainan komputer Metal Gear Solid IV Guns of The Patriots. Siapa tahun dalam masa beberapa dekad mungkin Metal Gear akan menjadi realiti dan digunakan di medan perang seperti diramalkan oleh Hideo Kojima.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Boston Dynamics Memperlihatkan Robot Beroda Yang Mampu Melompat Seakan Metal Gear MK.II"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info