Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi mySamsung Kini Meliputi Pelbagai Produk Samsung – Versi Web Turut Diperkenalkan

Pada tahun lepas, Samsung telah memperkenalkan aplikasi mySamsung yang memudahkan pengguna peranti mudah-alih Samsung mendapatkan bantuan khidmat pelanggan, selain merujuk kepada pelbagai tips semasa dengan mudah. Kini, pada tahun ini, pada Samsung SEA Forum, pihak Samsung berkongsi kemaskini untuk aplikasi berkenaan.

mySamsung

Kelak, aplikasi mySamsung bakal dikemaskini dengan sokongan tambahan – membuatkan ia bukan terhad untuk telefon pintar semata-mata, malah pengguna produk Samsung terpilih lain seperti televisyen, dan mesin basuh turut boleh mendapatkan bantuan melaluinya. Daripada perkongsian, ia dilihat akan meliputi Samsung SUHD Curved Smart TV dan juga mesin basuh dengan integrasi Add Wash. Pengguna juga boleh membuat pendaftaran jaminan dan menguruskannya dengan mudah melalui mySamsung.

Selain itu, pengguna juga turut boleh mengikuti penawaran ganjaran melalui aplikasi berkenaan. Samsung juga turut mengumumkan yang mana kini mySamsung turut ditawarkan dalam versi web.

mySamsung

Dan akhir sekali, perkhidmatan mySamsung juga kini diperluaskan kepada beberapa buah negara baru sekitar Asia Tenggara, dan menariknya kini ia turut telah mula ditawarkan dalam pilihan Bahasa Malaysia.

mySamsung

Bagi pengguna produk Samsung, anda boleh memuat-turun aplikasi ini hari ini, atau melayari webnya dan mendaftarkan diri melaluinya.

Layari : mySamsung.com

Muat-Turun mySamsung di Google Play Store



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi mySamsung Kini Meliputi Pelbagai Produk Samsung – Versi Web Turut Diperkenalkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info