Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Android 71.2 Beta Membawakan Fungsi Menatal Menggunakan Pengimbas Cap Jari Untuk Nexus 5X

Fungsi tatalan talam notifikasi menggunakan pengimbas cap jari disertakan pada peranti Google Pixel dan Pixel XL. Fungsi ini tidak disertakan pada peranti Nexus 6P dan 5X selepas ia menerima kemas kini ke Android 7.1.1. Ini mendatangkan rasa tidak puas hati di kalangan pemilik dua peranti ini kerana Pixel menggunakan pengimbas cap jari yang sama.

Ujian Android 7.1.2 Beta yang bermula sejak beberapa hari yang lalu menunjukkan fungsi ini akan akhirnya hadir pada Nexus 6P dan 5X. Ini adalah kerana tetapan untuk mengaktifkan fungsi ini ditemui pada peranti 5X. Dengan adanya fungsi ini melihat notifkasi adalah lebih mudah dan pantas. Selain peranti Pixel, sistem ini turut wujud pada peranti keluaran Huawei sejak beberapa tahun yang lalu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Android 71.2 Beta Membawakan Fungsi Menatal Menggunakan Pengimbas Cap Jari Untuk Nexus 5X"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info