Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Apple Mungkin Melanjutkan Program Gantian Bateri Kepada iPhone 6

Apple sebelum ini telah mengumumkan program gantian bateri untuk sejumlah pengguna iPhone 6s terpilih seluruh dunia. Ia dilakukan Apple selepas sejumlah pengguna membuat laporan berkaitan masalah bateri dan peranti yang tertutup secara automatik.

Kini, selain daripada iPhone 6S, Apple diperkatakan mungkin melanjutkan program gantian berkenaan kepada peranti iPhone 6. Ia masih dikategorikan sebagai ura-ura sahaja buat masa ini, dan terdapat kemungkinan perkara berkenaan tidak diumumkan.

Sebelum ini, Apple mengatakan mereka mendapati masalah bateri ini hadir disebabkan oleh kemasukkan udara ketika pengeluaran bateri – dan memerlukan bateri pada peranti iPhone 6S perlu digantikan.

Selain masalah bateri, Apple juga telah mengumumkan masalah dengan skrin iPhone 6 – namun berbanding menggantikannya secara percuma, mereka menawarkan program gantian berbayar untuknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Apple Mungkin Melanjutkan Program Gantian Bateri Kepada iPhone 6"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info