Sembang Maniac

Sembang-sembang je

SK Hynix Melancarkan Memori 8 Gigabyte Terpantas Untuk Kegunaan Peranti Pintar

Tahun lalu penggunaan memori sebesar 6 Gigabyte mula muncul pada peranti pintar untuk pasaran China. OnePlus 3 dan LeEco Le Pro 3 ialah contoh dua peranti dengan saiz RAM yang besar ini. Tahun ini penggunaan RAM sebesar 8 Gigabyte dijangka meletus dengan Asus Zenfone AR menjadi peranti pertama dilengkapi RAM sebesar ini.

SK Hynix, pengeluar memori kedua terbesar di dunia selepas Samsung mengumumkan penghasilan RAM 8 Gigabyte LPDDR4X mereka. Ini menjadikannya RAM terpantas di pasaran untuk kegunaan peranti pintar dengan kelajuan mencecah 34.1 Gigigabyte sesaat dan penjimatan tenaga sebanyak 20%. Pada waktu yang sama ia mempunyai rekaan lebih kecil 2 x 12.7 mm dengan ketebalan di bawah 1 mm. Sebagai perbandingan RAM sebesar 8 Gigabyte keluaran Samsung Oktober lalu mempunyai saiz  15 x 5 x 1 mm

Penghasilan modul memori berkapasiti tinggi ini ialah bagi memenuhi keperluan pasaran. Secara purata tahun lalu peranti pintar dilengkapi RAM sebesar 3.5 Gigabyte dan dijangka meningkat ke 6.9 Gigabyte menjelang 2020.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "SK Hynix Melancarkan Memori 8 Gigabyte Terpantas Untuk Kegunaan Peranti Pintar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info