Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Royal Caribbean Cruise Menawarkan Kerja Sebagai Penyelia Akaun Instagram Dengan Gaji Mencecah RM 16000

Adakah anda seorang Instagrammer berbakat? Mempunyai kemampuan mengambil gambar yang menjana ribuan likes? Mahukan kerja sebagai penyelia akaun Instagram sepenuh masa sambil menikmati pelayaran di atas kapal mewah secara percuma? Sekiranya jawapan anda ialah ya kini pekerjaan idaman anda ditawarkan oleh Royal Caribbean Cruise.

Syarikat kapal persiaran berpangkalan di UK ini sedang mencari pelatih industri yang akan menyelia akaun Instagram mereka selama tiga minggu. Sepanjang tempoh ini mereka akan menikmati pelayaran ke New York, Caribbean, Asia dan Mediterranean. Untuk melayakkan diri anda perlu berumur 21 tahun ke atas, mempunyai bakat Instagram yang tinggi, memiliki peranti pintar dan mampu berlayar di dalam antara Jun sehingga Julai 2017.

“Temuduga” dilakukan dengan memuat naik gambar atau video percutian ke akaun Instagram anda dengan menggunakan hashtag #ExtraordinaryExplorer. Pada waktu yang sama anda akan menerima hadiah berjumlah £3000 (~RM 16500). Selamat mencuba.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Royal Caribbean Cruise Menawarkan Kerja Sebagai Penyelia Akaun Instagram Dengan Gaji Mencecah RM 16000"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info