Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Robot Membasmi Nyamuk Dengan Senjata Laser Kini Realiti

Nyamuk boleh membuatkan anda tergaru-garu selepas digigit dan di dalam kes lebih kronik kematian kerana deman denggi berdarah. Sejak ratusan tahun manusia menggunakan pelbagai alatan untuk menentang makhluk Allah yang menghisap darah. Di Malaysia penggunaan ubat nyamuk ialah yang paling kerap digunakan. Di China mereka ingin membasmi nyamuk dengan menggunakan robot bersenjata laser.

Robot membasmi nyamuk keluaran Leishen Intelligent System yang berpangkalan di Shenzen ini membunuh nyamuk dengan tembakan laser. Sistem rudal laser dengan LIDAR diletakkan di atas robot berunut seperti sebuah kereta kebal. Terminator nyamuk ini dibangunkan untuk membasmi nyamuk di rumah, kebun dan taman awam. Terdapat juga versi yang dipasang pada dinding rumah. Tarikh dan harga jualan masih belum diumumkan setakat ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Robot Membasmi Nyamuk Dengan Senjata Laser Kini Realiti"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info