Peranti kalis air kini semakin menjadi kebiasaan, Malahan bagi peranti utama, kewujudannya kini dianggap perlu bagi membezakannya dari peranti kelas pertengahan. Di Jepun Kyocera Rafre baru sahaja dilancarkan. Ia sebuah peranti yang direka bukan sahaja kalis basuhan sabun tetapi direndam di dalam air panas. Ini adalah kerana Kyocera Rafre mensasarkan golongan ibu yang kerap bekerja di dapur.
Ia dilengkapi skrin 5″ HD, RAM sebesar 2 Gigabyte, storan 16 Gigabyte, kamera utama 13-Megapixel, kamera hadapan 5-Megapixel dan bateri 3000 mAh. Tiada maklumat mengenai pemproses peranti disertakan setakat ini. Selain kemampuan kalis basuhan IPX8, peranti ini turut tahan hentakan memenuhi piawaian MIL-STD 810G.
Fungsi menarik yang disertakan ialah aplikasi resepi masakan yang boleh dikawal tanpa menyentuh skrin peranti. Sebaliknya aplikasi dikawal dengan pergerakan tangan. Seperti DIGNO Rafre tahun lalu yang juga mensasarkan kaum ibu, peranti ini menggunakan sistem gegaran tulang sebagai ganti pembesar suara bahagian telinga untuk mendengar panggilan telefon. Kyocera Rafre ini akan dijual di Jepun Mac hadapan tetapi harga masih belum diumumkan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Peranti Kalis Basuhan Kyocera Rafre Dilancarkan Untuk Golongan Ibu"