Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nokia 6 – Telefon Pintar Nokia Dengan Android Nougat Dan Cip Snapdragon 430

HMD Global sedia mendapatkan hak untuk penggunaan jenama Nokia untuk pengeluaran peranti mudah-alih, dan hari ini, mereka secara rasminya memperkenalkan telefon pintar pertama daripada mereka dibawah jenama Nokia, iaitu Nokia 6.

Nokia 6 ini ditujukan untuk pasaran China sahaja buat masa ini, dan hadir dengan spesifikasi yang rendah. Nokia 6 menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh. Ia turut menggunakan rekaan skrin 2.5D dengan Gorilla Glass. Melengkapkan telefon pintar ini adalah cip pemprosesan daripada Qualcomm, iaitu Snapdragon 430.

Nokia 6

Selain itu, Nokia 6 menggunakan memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB – serta menjalankan sistem operasi Android 7.0 Nougat. Ia menggunakan kamera belakang 16-megapixel, serta kamera hadapan 8-megapixel. Nokia 6 turut hadir dengan sokongan Dolby Atmos untuk kualiti bunyi yang baik.

Nokia 6 hanya diperkenalkan untuk pasaran China sahaja buat masa ini, dan pihak HMD Global menyasarkan untuk memperkenalkan lebih banyak produk baru pada pertengahan pertama 2017 ini.

Nokia 6 ini walaupun membawakan spesifikasi sedikit rendah-pertengahan, namun ia dijual pada harga sedikit mahal – apatah lagi pada era zaman telefon pintar yang sangat kompetitif ini. Di China, Nokia 6 ini akan dijual pada harga 1699 CNY, iaitu sekitar RM1100.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nokia 6 – Telefon Pintar Nokia Dengan Android Nougat Dan Cip Snapdragon 430"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info