Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Memfailkan Paten Untuk Tablet Yang Boleh-Dilipat Menjadi Telefon Pintar

Sejumlah syarikat teknologi telah memfailkan paten untuk peranti boleh dilipat yang boleh berubah menjadi telefon pintar kepada sebuah tablet. Terkini, pihak Microsoft turut tidak ketinggalan, dan dilihat telah memfailkan paten untuk peranti yang lebih kurang sama.

Daripada apa yang difailkan oleh Microsoft, ia dilihat mereka menggunakan sebuah engsel berbentuk fleksibel yang mengubah paparan daripada telefon kepada tablet.

Microsoft Tablet Telefon

Dengan penggunaan rekaan universal daripada Microsoft, ia sangat mudah untuk mereka merealisasikannya dari segi perisian untuk sebuah peranti seumpamanya. Apatah lagi dengan pihak Microsoft yang sedia memfokuskan kepada penawaran Continuum – mengubah telefon menjadi sebuah komputer.

Seperti biasa, syarikat teknologi sering memfailkan paten, tetapi ia tidak direalisasikan sebagai sebuah produk akhir. Bagi anda sendiri, adakah anda meminati peranti seumpama ini, atau lebih gemar membeli peranti dalam bentuk berasingan?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Memfailkan Paten Untuk Tablet Yang Boleh-Dilipat Menjadi Telefon Pintar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info