Sembang Maniac

Sembang-sembang je

iPhone Bukan Peranti Terlaku Di China Buat Pertama Kalinya Sejak 2012 Dan Digantikan Oleh Oppo R9

China ialah pasaran peranti pintar terbesar di dunia diikuti oleh India dan Amerika Syarikat. Tahun lalu hampir 500 Juta peranti pintar berjaya di jual di negara yang juga merupakan pengeluar peranti pintar terbesar di dunia. Sejak 2012, iPhone ialah peranti yang mencatatkan jualan tertinggi saban tahun. Tahun lalu mereka akhirnya jatuh ke tangga ke dua oleh syarikat tempatan iaitu Oppo.

Oppo R9s

Menurut angka yang dikeluarkan oleh firma Counterpoint, tahun lalu hampir 17 Juta Oppo R9 terjual di China dan ini mewakili 4% peranti terjual di China sepanjang 2016. iPhone 6S pula terjual sekitar 12 Juta dan mewakili 2% jualan.

Secara keseluruhan Oppo meningkatkan jualan sebanyak 102% berbanding tahun lalu. Vivo mencatatkan peningkatan 78% dan Huawei pula meningkat 21%. Apple menunjukkan penurunan 21% dan Xiaomi juga merudum 22%. Situasi yang berlaku ini pastinya merisaukan Apple kerana China ialah pasaran yang penting untuk iPhone.

Penggunaan skrin OLED, fungsi pengecasan pantas dan harga jualan yang lebih mampu menjadi faktor kebangkitan Oppo di China. Jadi tidak mengejutkan iPhone 8 kelak akan mempunyai dua daripada tiga fungsi yang wujud pada Oppo R9. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Apakah fungsi menarik anda untuk memiliki peranti sedia ada?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iPhone Bukan Peranti Terlaku Di China Buat Pertama Kalinya Sejak 2012 Dan Digantikan Oleh Oppo R9"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info