Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Daimler Mengumumkan Kerjasama Untuk Guna Kenderaan Pemanduan Autonomi Dibawah Rangkaian Uber

Uber hari ini mengumumkan kerjasama dengan Daimler, syarikat disebalik jenama kereta seperti Mercedes Benz – dimana kedua-dua syarikat ini akan bekerjasama dalam membangunkan teknologi kereta pemanduan autonomi, dan menggunakan ia dalam rangkaian Uber.

Berbeza dengan hari ini yang mana pemandu perlu mendapatkan kenderaan dan memandunya dibawah rangkaian Uber, melalui kerjasama ini, pihak Daimler sendiri akan mengoperasikan kenderaan berkenaan dibawah rangkaian Uber.

Uber Daimler

Melalui perkongsian di laman Uber, mereka mengatakan melalui penggunaan kenderaan pemanduan autonomi ini, ia akan mengurangkan lagi kadar kemalangan trafik, selain pada masa yang sama mengurangkan penggunaan ruangan parkir serta menjadikan pengangkutan lebih efisyen.

Sejak perkembangan kenderaan pemanduan autonomi, perkara ini telah sedia dijangka – malah ada yang membuat sasaran dimana pada masa hadapan pengguna tidak lagi perlu membeli kenderaan, dan terus boleh bergantung kepada perkhidmatan seperti Uber dan sebagainya. Perkembangan kerjasama dengan Daimler ini dilihat salah satu langkah ke arahnya.

Pembangunan kenderaan pemanduan autonomi ini masih pada peringkat awal, dan mungkin kita akan hanya melihatnya dalam beberapa tahun lagi – dan seperti biasa, akan mengambil tempoh yang lama sebelum diperkenalkan di Malaysia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Daimler Mengumumkan Kerjasama Untuk Guna Kenderaan Pemanduan Autonomi Dibawah Rangkaian Uber"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info