Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Dilaporkan Bekerjasama Dengan Carl Zeiss Untuk Membangunkan Kaca Mata AR

Apple buat masa ini sedia popular dengan penawaran peranti mudah-alih mereka, dan juga komputer riba. Kini, menurut laporan baru, Apple diperkatakan sedang membangunkan sebuah kaca mata-pintar memfokuskan sokongan Augmented Reality. Untuk tujuan berkenaan, Apple dikatakan bekerjasama dengan Carl Zeiss – salah satu pengeluar optik terkemuka di dunia.

Apple dikatakan sedang membangunkan kaca mata dengan sokongan realiti-gabungan dan dijangka memperkenalkannya seawal tahun hadapan. Melalui penggunaan realiti-gabungan, ia menyertakan informasi digital yang diperlihatkan pada dunia nyata. Sebelum ini, permainan Pokemon Go secara kasar telah memberikan pengalaman ringkas bagaimana ia berfungsi.

Bercakap mengenai augmented reality sendiri, Tim Cook sebelum ini pernah mengatakan Apple lebih berminat pada arena berkenaan berbanding dengan realiti-maya yang disertai ramai pengeluar.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Dilaporkan Bekerjasama Dengan Carl Zeiss Untuk Membangunkan Kaca Mata AR"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info