Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Android Mempunyai Lebih Banyak Kerentanan Berbanding iOS Sepanjang 2016

Kerentanan menyebabkan peranti boleh digodam dan maklumat peribadi dicuri. Pada tahun 2015,  iOS didapati mempunyai lebih banyak kerentanan berbanding Andorid. Lain pula ceritanya untuk tahun 2016 dan kini Android pula mempunyai lebih banyak masalah. Ini adalah menurut  data yang dikumpul oleh CVE Details.

Sebanyak 523 kerentanan ditemui pada Android berbanding 161 pada iOS. Menarik sekali Debian Linux di tempat kedua dengan 319 kerentanan diikuti oleh Ubuntu Linux (278),  Linux Kernel (217). Mac OS X (215) dan Windows 10 (172) . Jumlah kerentenan yang lebih tinggi pada Mac OS X berbanding Windows 10 adalah agak mengejutkan kerana sealam ini sistem operasi Apple ini amat terkenal dengan sistem sekuriti yang lebih baik dari produk keluaran Microsoft.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Android Mempunyai Lebih Banyak Kerentanan Berbanding iOS Sepanjang 2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info