Sembang Maniac

Sembang-sembang je

10 Ciri-Ciri Praktikal Pada Huawei Mate 9 Yang Memenuhi Keperluan Pengguna Professional

Bulan pertama tahun 2017 sudah hampir ke penghujungnya. Masih berbaki 11 bulan untuk tahun ini dan masih tidak terlambat lagi untuk anda memiliki telefon pintar yang memenuhi keperluan anda. Jika anda tergolong dalam kumpulan pengguna professional yang inginkan telefon pintar yang sesuai dengan kerjaya anda, Huawei Mate 9 merupakan salah satu pilihan yang meyakinkan dalam kategori ini.

Terlebih dahulu anda perlu mengetahui apakah kriteria yang boleh digunapakai sebagai penanda aras sebuah peranti telefon pintar untuk pengguna professional. Berikut merupakan ciri-ciri terpenting yang sentiasa diperlukan oleh pengguna professional dan Huawei Mate 9 memenuhi keperluan pengguna professional bukan sekadar dari rekaan semata-mata, bahkan dengan prestasi dan fungsi yang terbaik.

1. Cip Kirin 960 Lapan Teras – Cip pelbagai teras berprestasi tinggi.

Sebagai telefon yang memfokuskan pengguna professional, adalah penting bagi telefon tersebut dilengkapkan dengan cip pemprosesan yang laju, dan berkuasa tinggi. Cip pemprosesan Kirin 960 merupakan cip terbaru dari Huawei yang bukan sekadar laju, malah hadir pada saiz yang lebih kecil sekaligus menjana haba yang kurang, menjadikan peranti ini tidak sebegitu panas bagi penggunaan untuk satu tempoh yang lama.

Berdasarkan penilaian Geekbench, Huawei Mate 9 juga memberikan prestasi cip pelbagai teras yang terbaik. Dengan kuasa sebegini, Mate 9 berkebolahan menjalankan pelbagai aplikasi serentak dengan laju tanpa lambat, sesuai dengan keperluan professional yang seringkali menggunakan pelbagai aplikasi dalam satu masa yang sama.

Bayangkan anda perlu menjalankan aplikasi seperti Facebook, WhatsApp dan YouTube pada masa yang sama, dengan menggunkan Mate 9, sudah tentu awak boleh mengendalikannya tanpa membuang masa untuk “loading”, berbanding rakan awak dimana perantinya Android akan mengambil sedikit masa untuk memuat turunkan aplikasi-aplikasi tersebut.

2. Paparan Skrin 5.9-inci Yang Besar & Memudahkan Pembacaan Dokumen

Sekiranya anda merupakan pengguna professional, kebarangkalian anda untuk membuka dokumen anda menerusi telefon pintar adalah lebih tinggi berbanding membuka dokumen menerusi laptop. Perbuatan untuk sentiasa membuka laptop untuk mengesahkan sesuatu adalah melecehkan. Siapa perlukan laptop jika anda hanya perlu melihat sesuatu untuk tempoh singkat? Disini penggunaan Huawei Mate 9 memenuhi keperluan anda.

Huawei Mate 9 mempunyai paparan skrin 5.9-inci dengan resolusi 1080p. Pada paparan yang besar sebegini, anda boleh melihat dokumen seperti emel, PDF, fail presentation dengan mudah dan tanpa merengsakan mata anda. Ia juga mempunyai resolusi yang tajam, iaitu 373 ppi disertai dengan fungsi ‘Misoperation deduction’. Fungsi pintar ini, akan mengetahui samaada pengguna menyentuh skrin untuk mengaktifkan aplikasi tertentu atau tersentuh skrin dengan tidak sengaja dan ia tidak akan mengaktifkan aplikasi yang disentuh dengan tidak sengaja.

3. Storan 64GB Dengan Teknologi UFS 2.1 Yang Lebih Pantas dari UFS 2.0

Telefon pintar yang direka untuk pengguna professional haruslah pantas dari apa jua aspek, baik dari pemprosessan dan juga kelajuan mengakses fail. Kapasiti storan juga perlu besar bagi menyimpan pelbagai dokumen penting. Pada Huawei Mate 9 ia dilengkapi dengan kapasiti storan sebesar 64GB. Pada kapasiti sebegini, ia adalah sangat besar dan cukup untuk memuatkan dokumen penting.

Dengan kapasiti storan tersebut, ia juga dilengkapi teknologi UFS 2.1 iaitu variasi UFS yang lebih terkini. Ia 2 kali lebih pantas berbanding peranti yang menggunakan versi UFS 2.0, seperti Samsung Galaxy S7. Malah dengan RAM sebesar 4GB, sudah pasti pelbagai fail dan dokumen dapat diproses serentak.

4. Fungsi “Knuckle Screenshot” Merakam Skrin Dengan Mudah

Salah satu perilaku pengguna professional yang kerap dilakukan adalah merakam paparan skrin. Mungkin terdapat sesuatu didalam perbualan, lukisan, atau apa sahaja dalam dokumen dan perbuatan sebegini adalah jalan terpantas dan mudah untuk menerangkan sesuatu kepada rakan sekerja.

Jika pada kebanyakan telefon anda perlu menekan dua butang dengan serentak bagi merakam paparan skrin (Screenshot), akan tetapi pada Huawei Mate 9 anda hanya perlu mengetuk skrin (Knuckle Screenshot) dua kali bagi merakam paparan skrin. Cukup mudah! Anda juga boleh melakar huruf ’S’ pada skrin untuk merakam paparan skrin yang panjang sekiranya ia merupakan halaman web atau dokumen yang melebihi kawasan paparan skrin.

Sekiranya rakaman paparan skrin (Screen Recording) tersebut perlu diletakkan nota audio, hanya gunakan dua jari untuk mengetuk skrin, dan fungsi tersebut akan diaktifkan. Dengan Huawei yang menyertakan ketiga-tiga fungsi ini (Screenshot, Knuckle Screenshot dan Screen Recording) pada Huawei Mate 9, ia merupakan satu fungsi yang sangat berguna serta kerap digunakan seharian sekaligus memuaskan hati pengguna professional yang memilikinya.

5. Bateri Berkapasiti 4,000 mAh Dengan Fungsi Supercharge

Sebagai pengguna professional, adalah penting untuk peranti yang digunakan mempunyai kapasiti bateri yang tinggi membolehkan ia dioperasikan sepanjang hari. Pada Huawei Mate 9 terdapat bateri sebesar 4,000 mAh dengan fungsi pengecasan pantas SuperCharge. Menerusi fungsi SuperCharge, bateri Huawei Mate 9 boleh mencapai 58% dalam tempoh 30 minit pengecasan dan membolehkan pengguna professional menggunakan peranti dengan lebih lama.

Sebagai contoh penggunaan, pengecasan selama 10 minit dapat membolehkan pengguna untuk menonton dua filem pada peranti ini. Dan bagi menambah keselamatan pada ciri-ciri sebegini, Huawei turut melengkapkannya dengan 5 langkah perlindungan (5-gate protection), dimana penggunaan bateri sentiasa dipantau bagi menjamin jangkahayat bateri.

6. Kamera 20MP + 12MP Menggunakan Teknologi Diiktiraf Leica

Dengan pelbagai ciri yang memberikan kuasa pemprosesan, kelajuan pengoperasian, dan masa bertahan lama, ciri-ciri rakaman kamera juga harus diberi keutamaan. Dengan kamera yang mempunyai cip pengimejan yang tinggi, ia mampu merakam gambar dengan lebih jelas dan lebih teliti. Malah dalam konteks pengguna professional, kamera yang wujud pada Huawei Mate 9 adalah sesuai untuk digunakan sebagai pengimbas dokumen (Document Scan).

Pada mod rakaman kamera, pengguna boleh mengimbas kad nama dengan mudah. Hanya seret paparan skrin kamera ke kanan, dan fungsi ‘Document Scan’ akan diaktifkan. Satu lagi kelebihan pada fungsi rakaman yang terdapat pada Huawei Mate 9 termasuklah kebolehan Directional Recording, membolehkan rakaman bunyi dari bahagian hadapan kamera. Mod ini sememangnya sesuai bukan sahaja bagi pengguna professional, malah bagi bloggers, media, setiausaha, dan sesiapa sahaja untuk merakam rekod persidangan, hari keraian, hari jadi ahli keluarga dan sebagainya.

7. Peranti Pintar Pertama di Malaysia Menyokong 4 Operator Yang Menggunakan VoLTE.

VoLTE iaitu Voice over LTE merupakan salah satu rangkaian terkini yang lebih pantas dan lebih laju. VoLTE adalah teknologi panggilan suara generasi terbaru yang membolehkan pelanggan menikmati kualiti panggilan suara HD jelas seolah-olah si pemanggil berada bersebelahan.

Bersama-sama dengan itu, VoLTE juga dilengkapi dengan keupayaan pembatalan bunyi yang menghapuskan bunyi latar belakang untuk audio panggilan yang lebih jelas. Satu lagi kelebihan VoLTE adalah bahawa ia membolehkan pelanggan melayari web, memuat turun atau mengakses kandungan Internet ketika melakukan panggilan suara.

Hingga kini terdapat empat syarikat telekomunikasi yang menyokong VoLTE iaitu Webe, YES 4G, Digi dan juga Celcom. Namun pada peranti lain seperti Samsung, hanya menyokong Yes4G manakala iPhone hanya menyokong rangkaian Digi. Ini berbeza dengan Huawei Mate 9 dimana ia boleh digunakan pada keempat-empat rangkaian tersebut (Webe, YES 4G, Digi, dan akan datang- Celcom).

8. Peranti Pertama dengan Piawaian Cat 12 4G LTE, kelajuan muat turun 600Mbps yang paling laju di seluruh dunia

Pengguna professional biasanya akan terbang merata seluruh dunia. Agak penting bagi pengguna dalam kategori ini menikmati capaian yang terpantas tanpa sebarang halangan. Huawei Mate 9 menyokong piawaian Cat 12 4G LTE, iaitu fungsi capaian komunikasi terpantas didunia. Pada piawaian sebegini, pengguna boleh memuat-turun sesuatu kandungan pada kelajuan maksimum 600Mbps disamping integrasi sokongan 2G, 3G, dan 4G dengan mudah di 217 negara.

Dengan kata lain, jika pengguna peranti ini pergi ke negara-negara yang mempunyai capaian internet pantas seperti Jepun atau Korea Selatan, pengguna dapat memanfaatkan sepenuhnya kelajuan tersebut dan urusan perniagaan akan menjadi lebih efektif. Jika pengguna menggunakan peranti lain yang tidak menyokong piawaian yang terdapat pada negara tersebut, sudah tentu muat-turun dokumen pada kelajuan perlahan, dan mengganggu perjalanan perniagaan anda.

9. Menyokong Kad Dwi-SIM & Menjalankan Dua Facebook & WhatsApp

Anda sudah kerap mendengar peranti dengan kebolehan Dwi-SIM. Peranti sebegini memudahkan anda untuk mengaktifkan dua talian, baik talian khusus untuk urusan perniagaan dan urusan peribadi, atau talian yang aktif meskipun talian untuk dua buah negara. Selain itu, ia juga membolehkan pengguna menjalankan dua akaun Facebook & WhatsApp berjalan pada masa yang sama. Dengan hal ini, ia semestinya memudahkan pemilik perniagaan menguruskan pelbagai hal peribadi and kerjaya pada satu peranti dengan lebih mudah.

10. EMUI 5.0 Dengan Pembelajaran Mesin & Tidak Akan ‘Lag’

Pada Huawei Mate 9, ia didatangkan dengan sistem operasi Android 7.0 Nougat. Memiliki peranti pintar dengan sistem operasi terkini membolehkan pengguna berada lebih jauh kehadapan dari segi kemaskini peranti, membolehkan peranti ini digunakan dengan lebih lama. Selain dari sistem operasi terkini Android, ia dilengkapkan dengan paparan antaramuka terkini Huawei iaitu EMUI 5.0. Ia juga direka khas daripada bekas Pengarah Kreatif Apple yang bernama Abigail Sarah Brody sebagai ketua pereka paparan antaramuka EMUI 5.0 Huawei.

Sistem paparan antaramuka terkini EMUI 5.0 merupakan sistem yang telah diperhebat, malah dilengkapi dengan sokongan pembelajaran mesin (Machine learning). Ia akan mempelajari cara and tabiat pemilik menggunakan smartfon dari semasa ke semasa dan menolong pengguna Huawei Mate 9 mengutamakan applikasi kegemarannya dihadapan untuk menyenangkan pengguna peranti ini untuk membuka aplikasi.

Selain itu, ia juga bijak dalam perancangan penjadualan sumber RAM smartfon untuk memastikan ia sentiasa berfungsi dengan lancar dan tidak lambat. Ini akan memastikan peranti kekal beroperasi dengan pantas dari masa ke semasa, malah kekal pantas meskipun selepas 18 bulan peranti tersebut digunakan.

Berita baik untuk pengguna Huawei P9, peranti ini juga akan menerima kemaskini EMUI 5.0 seawal bulan Februari 2017. Keputusan yang didapati daripada ujian sampel BETA EMUI 5.0 yang dilakukan secara rawak keatas 10,000 pengguna P9 di seluruh dunia menunjukkan peningkatan prestasi yang amat mengagumkan. Iaitu, peranti yang dahulunya menggunakan EMUI 4.0 menjadi 20% lebih lancar, smartfon menjadi lebih jimat bateri apabila ia dilengkapi dengan Smart Saving 5.0 apabila ia dikemaskini dari EMUI 4.0 ke EMUI 5.0.

Huawei Mate 9


Banyak lagi yang boleh diperkatan mengenai Huawei Mate 9. Ia telahpun dijual di pasaran tempatan pada harga RM 2,999 dan melengkapi tawaran sebegini adalah jaminan 3-bulan untuk skrin LCD, gantian satu-ke-satu untuk tempoh setahun serta talian bantuan VIP khusus untuk pembeli. Anda boleh mendapatkan peranti idaman pengguna professional ini di kedai rasmi Huawei dan pengedar bertauliah, atau membelinya secara atas-talian di Vmall.

Beli: Telefon Untuk Pengguna Professional – Huawei Mate 9

Berita baik daripada webe untuk sesiapa yang ingin memiliki Mate 9/Mate 9 Pro. Sempena Promosi Tahun Baru Cina 2017, webe – syarikat telekomunikasi yang menggunakan infrastruktur rangkaian terkini, kini menawarkan penggunaan percuma talian mereka selama 9 bulan apabila anda membeli Huawei Mate 9 atau Huawei Mate 9 Pro dari mereka bermula dari 19hb Januari 2017 sehingga 12hb Feb 2017.

Baca: Huawei Mate 9 | Mate 9 Pro dengan langganan webe percuma selama 9 bulan

Penafian: Advertorial dari Huawei



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "10 Ciri-Ciri Praktikal Pada Huawei Mate 9 Yang Memenuhi Keperluan Pengguna Professional"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info