Sembang Maniac

Sembang-sembang je

The Kissanger – Aksesori Menghantar Ciuman Menerusi Peranti Pintar

Kami tergolong di dalam kategori warga tua jika dibandingkan dengan umur purata pembaca Amanz. Kami pernah menghantar surah cinta kepada gadis yang disukai di kelas dengan menyelitkannya di dalam buku rujukan sejarah keluaran Preston. Ini teknik ketinggalan zaman yang pastinya ditertawakan generasi muda yang kini boleh menghantar mesej menggunakan WeChat.

The Kissanger ialah aksesori peranti pintar yang direka untuk menghantar ciuman kepada insan yang dikasihi. Ia dicipta oleh Emma Yann Zhang untuk insan yang merasakan penghantaran mesej tidak cukup ampuh untuk melampiaskan kerinduan. Kissanger mempunyai sensor tekanan yang mengesan ciuman dan omboh penggerak yang menghasilkan semua ciuman fizikal kepada penerima. Buat masa ini Kissanger hanya wujud sebagai prototaip.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "The Kissanger – Aksesori Menghantar Ciuman Menerusi Peranti Pintar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info