Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pelancar TouchWiz Akan Digantikan Oleh Pelancar Baru Samsung Experience

Samsung TouchWiz ialah pelancar yang memberikan reaksi berbeza kepada pengguna. Ada yang menyukainya kerana memberikan lebih banyak fungsi berbanding Android Stock. Yang membencinya pula mengatakan ia pelancar yang berat dan mempunyai masalah sela masa. Sejak diperkenalkan pada tahun 2010, TouchWiz menjalani banyak evolusi dari segi rekaan dan fungsi. Era TouchWiz akan berakhir dengan kemas kini ke Android 7.1.1 kelak.

Pengguna Android 7.1.1 Beta menyedari perubahan nama pada pelancar peranti mereka. Pelancar yang digunakan kini dikenali sebagai Samsung Experience. Pelancar baru ini menggunakan elemen dari Grace UX Note 7 dan Android Stock. Dengan penggunaan elemen lebih minimalis beban terhadap peranti akan berkurangan. Ini sedikit sebanyak akan memulihkan imej peranti mereka yang kerap dikatakan mempunyai sela masa.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pelancar TouchWiz Akan Digantikan Oleh Pelancar Baru Samsung Experience"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info