Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerajaan UK Mahu “Mod Memandu” Pada Peranti Pintar Bagi Mengalang Fungsi Panggilan Telefon

Apabila menaiki pesawat penumpang akan diingatkan supaya mengaktifkan mod kapal terbang. Ini adalah bagi mengelakkan sistem selular peranti pintar mengganggu sistem elektronik pesawat. Fungsi ini adalah standard pada kesemua peranti pintar atas sebab keselamatan. Kerajaan UK dilaporkan cuba memaksa pengeluar untuk mewujudkan mod memandu pada peranti pintar atas sebab yang sama.

Setiap hari kemalangan berlaku akibat pengguna yang degil menggunakan peranti ketika memandu. Antara sebab utama ia melakukan panggilan telefon. Oleh sebab itu mod memandu akan menghalang panggilan telefon dilakukan di dalam kenderaan. Hanya panggilan kecemasan akan dibenarkan apabila ia diaktifkan.

Pelan sebenar bagaimana mod ini akan diaktifkan tidak pula diketahui. Cara lebih mudah mungkin mewajibkan sistem seakan Android Auto pada peranti pintar. Sekurang-kurangnya ia telah direka untuk mengurangkan gangguan ketika menandu. Di Jepun pula terdapat aplikasi yang memberikan kopi percuma sekiranya peranti tidak digunakan ketika memandu. Pendekatan yang berbeza dari kerajaan negara Barat dan Timur jelas kelihatan di sini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kerajaan UK Mahu “Mod Memandu” Pada Peranti Pintar Bagi Mengalang Fungsi Panggilan Telefon"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info