Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jumlah Galaxy Note 7 Masih Aktif Melebihi Jumlah LG V20 Dan Beberapa Peranti Android Lain

Arahan memulangkan semula Samsung Galaxy Note 7 sudah diberikan sejak pertengahan Oktober lalu atas sebab keselamatan. Tetapi seperti yang kami laporkan minggu lalu masih terdapat lebih 300 000 peranti ini masih aktif digunakan. Ini membuatkannya lebih banyak digunakan berbanding LG V20, OnePlus 3T dan HTC Bolt yang merupakan peranti lebih baru mengikut data yang dikongsi Apteligent.

Jumlah peranti aktif ini akan berkurangan secara mendadak 15 Disember hadapan apabila kemas kini terbaru akan menghalang ia dari dicaj di Amerika Syarikat. Di Malaysia pula kapasiti bateri akan dihadkan ke 30%. New Zealand bertindak lebih drastik dengan mematikan terus fungsi selular phablet dengan stylus terbina ini sejak bulan lalu.

Antara sebab mengapa masih terdapat pengguna yang degil ialah kerana tiada peranti gantian yang setanding dengannya. Terdapat juga sebilangan pengguna yang menyimpannya kerana percaya ia akan lebih bernilai di masa hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jumlah Galaxy Note 7 Masih Aktif Melebihi Jumlah LG V20 Dan Beberapa Peranti Android Lain"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info