Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Delivery Hero Mengambil-Alih FoodPanda

FoodPandaFood Panda merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan para pengguna membuat tempahan makanan dan menerimanya dirumah atau pejabat. Ia telah beroperasi di Malaysia dan beberapa negara lain untuk beberapa tahun, dan merupakan salah satu syarikat milik Rocket Internet.

Hari ini, FoodPanda mengumumkan yang mana syarikat mereka telah diambil-alih oleh Delivery Hero, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Delivery Hero dalam arena penghantaran tempahan makanan.

Delivery Hero merupakan salah satu syarikat yang beroperasi di Eropah, dan turut mempunyai suntikan dana daripada Rocket Internet. Dengan pengambil-alihan ini, ia menjadikan pegangan pihak Rocket Internet pada syarikat Delivery Hero meningkat menjadi 37.7%.

Desas-desus mengenai jualan FoodPanda telah diperkatakan sejak beberapa bulan lepas, dan ia turut dikatakan mempunyai masalah dalam menjana pendapatan. Harga jualan FoodPanda kepada Delivery Hero ini tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Delivery Hero Mengambil-Alih FoodPanda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info