Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Seagate Duet – Cakera Keras Luaran Yang Hadir Dengan Sokongan Membuat Salinan Pendua Ke Amazon

Seagate, nama yang tidak asing lagi dalam arena storan, kini telah bekerjasama dengan pihak Amazon dan memperkenalkan sebuah cakera keras luaran baru dinamakan sebagai Seagate Duet. Membezakannya berbanding pelbagai cakera keras luaran lain di pasaran adalah integrasi ia bersama storan awan, memastikan kandungan pengguna sentiasa selamat.

Seagate Duet

Seagate Duet hadir dengan sokongan Amazon Drive, dimana pelbagai data anda akan dibuat salinannya ke storan awan Amazon. Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu menghubungkan cakera keras luaran ini ke komputer, dan seterusnya daftar masuk akaun Amazon.

Untuk pengguna baru yang mendapatkan cakera keras ini, mereka akan turut menerima storan tanpa had percuma apabila membelinya.

Buat masa ini, Seagate hanya akan memasarkan ia di Amerika Syarikat sahaja, dan ditawarkan pada harga $99 (~RM245) untuk 1TB.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Seagate Duet – Cakera Keras Luaran Yang Hadir Dengan Sokongan Membuat Salinan Pendua Ke Amazon"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info