Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Windows 10 Creators Update Akan Datang Pada Awal 2017

Windows 10 merupakan sistem operasi terkini daripada Microsoft, dan digunakan pada pelbagai jenis peranti – daripada telefon pintar, sehinggalah kepada komputer, dan juga Xbox. Terkini, hari ini Microsoft berkongsi lanjut mengenai penawaran Windows 10 akan datang.

Windows 10 Creator Update

Windows 10 kini digunakan oleh lebih 400 juta pengguna seluruh dunia, dan Microsoft mengatakan melalui kemaskini akan datang, mereka akan memfokuskan kepada pembangunan kandungan – dan memanggil kemaskini akan datang sebagai Windows 10 Creator Update.

Dengan nama “Creator Update”, pihak Microsoft turut memberikan penekanan terhadap membuat kandungan 3D dengan mudah melalui beberapa perisian – dan salah satunya adalah Paint 3D. Disamping itu, pihak Microsoft juga menyertakan sejumlah perkara baru termasuk sokongan permainan 4K melaluinya.

Kemaskini ini akan ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna peranti Windows 10 bermula awal 2017 kelak. Pengguna Windows Insiders akan menerima kemaskini versi pembangunan untuk Creator Update ini pada minggu hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Windows 10 Creators Update Akan Datang Pada Awal 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info