Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sharp Memperlihatkan Prototaip Skrin Dengan 1008 PPI Untuk Kegunaan Peranti Realiti Maya

Selain Samsung, Sharp ialah nama besar di dalam dunia penghasilan skrin pada peranti mudah alih. Mereka baru sahaja memperlihatkan prototaip skrin 2.87″ QHD dengan kepadatan pixel 1008 PPI. Ini menjadikannya skrin dengan kepadatan pixel tertinggi pernah dihasilkan. Sebelum ini rekod dipegang oleh skrin Sony Xperia Z5 Premium dengan kepadatan pixel 806 PPI.

skrin-sharp-4k-vr

Skrin ini dihasilkan oleh Sharp khusus untuk peranti realiti maya. Apabila dua skrin digabungkan, ia memberikan paparan 4K untuk paparan mata pengguna. Pada resolusi ini grafik akan kelihatan lebih hidup sekaligus membolehkan mereka menyelami dunia maya dengan lebih mendalam. Sharp tidak berkongsi sama ada skrin beresolusi tinggi ini akan mula dijual secara komersial.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sharp Memperlihatkan Prototaip Skrin Dengan 1008 PPI Untuk Kegunaan Peranti Realiti Maya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info