Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Mengambil-Alih Viv – Platform Kecerdasan Pintar Daripada Pembangun Apple Siri

Samsung hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan mengambil-alih Viv, salah satu platform kecerdasan pintar terbuka. Ia telah diperlihatkan secara ringkas sebelum ini, dan menawarkan sokongan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin berasaskan kepada input menggunakan bahasa perbualan harian.

VIV pembantu maya 2

Viv dibangunkan oleh bekas pembangun Siri yang telah dibeli oleh Apple dan diintegrasikan pada pelbagai produk mereka. Viv sebelum ini telah memperlihatkan produk mereka secara kasar, menawarkan fungsi yang lebih menyeluruh berbanding dengan Siri sebelum ini. Viv boleh menafsir apa yang ingin disampaikan oleh seseorang pengguna dengan menggunakan pembelajaran mesin dan menafsir bahasa pertuturan harian. Viv dibangunkan sebagai platform terbuka, sekaligus membolehkan pembangun lain mengintegrasikan sokongan mereka didalam Viv.

Dengan adanya Viv, kini Samsung boleh menawarkan sokongan pembantu maya pintar pada pelbagai peranti dan perkhidmatan mereka, sekaligus menawarkan pengguna dengan maklumat dan cadangan yang baik. Viv Labs akan kekal beroperasi secara berasingan selepas pengambil-alihan ini, tetapi akan turut menawarkan integrasi kecerdasan pintar dalam pelbagai produk Samsung.

Pihak Samsung mahupun Viv tidak mengumumkan sebarang perkara mengenai harga pengambil-alihan untuk syarikat berkenaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Mengambil-Alih Viv – Platform Kecerdasan Pintar Daripada Pembangun Apple Siri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info