Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Prisma Untuk iOS Kini Menyokong Pemprosesan Video Secara Offline

Prisma yang boleh dimuat turun sejak Ogos lalu mengubah gambar yang diambil menjadi hasil seni. Sistem rangkaian neural digunakan untuk memproses gambar dengan pelbagai penuras yang kreatif. Pada platform iOS, ia mula menyokong pemprosesan video secara offline dengan kemas kini terkini. Berita buruk di sini ialah anda perlu mengemaskini ke iOS 10 terlebih dahulu untuk menikmati fungsi terkini.

prisma-video

Video dengan panjang maksimum 15 saat boleh diproses. Kerana ia dilakukan secara offline penggunaan data akan berkurangan tetapi pengguna masih perlu menanti beberapa minit untuk video diproses. Pihak Prisma kini menumpukan perhatian untuk membawakan fungsi GIF beranimasi untuk versi iOS.

Kepada pengguna Android mereka sedang cuba membawakan fungsi pemprosesan gambar secara offline terlebih dahulu sebelum membangunkan fungsi pemprosesan video. Versi terkini Prisma ini sudah boleh dimuat turun menerusi App Store.

Muat turun aplikasi Prisma dari Apple App Store



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Prisma Untuk iOS Kini Menyokong Pemprosesan Video Secara Offline"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info