Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nexus 6 Mula Menerima Kemas Kini Android Nougat

Tarikan utama peranti Nexus ialah kemas kini kepada sistem operasi terkini dengan pantas. Ini membuatkannya setanding dengan iPhone dan memastikan kerisauan tentang kerentanan dapat dikurangkan. Pemilik Google Nexus 6  dan Nexus 9 LTE sedikit kecewa kerana kemas kini ke Android 7.0 Nougat mereka mengalami kelewatan.

Tiada alasan diberikan tetapi dipercayai mempunyai kaitan dengan jumlah penggunaan bateri yang tinggi selepas kemas kini. Bagi pengguna Nexus 6, penantian kini berakhir kerana kemas kini secara OTA kini boleh dilakukan. Saiz muat turun adalah sekitar 860 Megabyte. Kemas kini ini hadir beberapa minggu lewat tetapi masih lebih awal berbanding peranti pengeluar lain. Kepada pengguna Nexus 6 di Malaysia, adakah anda sudah menerimanya?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nexus 6 Mula Menerima Kemas Kini Android Nougat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info