Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Microsoft Mengumumkan Surface Studio – AIO Dengan Paparan Yang Boleh Diposisikan Menjadi Papan Lakaran

Pada acara pengumuman Microsoft pada hari ini, selain dari pengumuman mengenai Windows 10 Creators Update yang membawakan pelbagai pembaharuan, mereka turut mengumumkan siri Surface mereka yang terbaru yang hadir dalam bentuk AIO (All-in-one) dikenali sebagai Surface Studio.

Dari segi rekaan, ia hadir dengan paparan monitor yang sangat nipis, iaitu senipis 12.5mm. Paparan monitor ini juga berfungsi sebagai skrin sentuh, membolehkan pengguna terus berinteraksi padanya. Ia mempunyai paparan bersaiz 28” inci, dan hadir pada nisbah paparan 3:2 dan 192 PPI. Pada ketajaman sebegitu, dokumen dapat dipaparkan hampir pada saiz sebenar menggunakan teknologi True Scale.

screenshot_1587 screenshot_1586

Kawalan warna yang terdapat pada monitor ini juga boleh ditukar secara terus, iaitu antara DCI-P3 dan juga sRGB. Ini sekaligus memudahkan pereka grafik melihat karya mereka dengan warna yang lebih tepat.

Salah satu perkara menarik mengenai badan Surface Studio adalah ia boleh diposisikan daripada monitor menjadi condong untuk kegunaan melukis secara terus. Menggunakan Surface Pen, pelukis mahupun pengguna komputer ini boleh berinteraksi seperti menggunakannya seperti papan lukisan.

 

screenshot_1592 screenshot_1588

 

Sedang dikemaskini..



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Microsoft Mengumumkan Surface Studio – AIO Dengan Paparan Yang Boleh Diposisikan Menjadi Papan Lakaran"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info