Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Maxis Everywhere Express Akan Menghantar iPhone 7 Kepada Anda Dalam Masa 24 Jam

Setiap tahun apabila tersedianya peranti terpopular dari Apple iaitu iPhone, pastinya ramai yang menginginkan peranti yang menjanjikan kelancaran sistem operasi, disamping fungsi-fungsi terkini yang terdapat padanya. Maxis seperti tahun sebelumnya hadir dengan tawaran menarik, iaitu penghantaran iPhone 7 dan iPhone 7 Plus dalam tempoh 24 jam walau dimana jua anda berada di Malaysia.

Menerusi promosi ini, anda hanya perlu melakukan pra-tempahan terhadap peranti ini menerusi laman web mereka bermula 7 Oktober dan penghantaran akan dilakukan pada tarikh pelancaran rasmi iPhone 7 | iPhone 7 Plus untuk pasaran tempatan iaitu pada 14 Oktober. Ini sememangnya satu perkara yang memudahkan pengguna dan tidak memerlukan mereka berpanas hujan beratur selama dua atau tiga hari semata-mata ingin membeli peranti ini.

Bagi memudahkan lagi pengguna, terdapat 100 lokasi seluruh Malaysia yang membolehkan pengguna memungut iPhone 7 | iPhone 7 Plus yang telah di pra-tempah dan bagi bandar yang mempunyai perkhidmatan Uber, Maxis akan memberikan diskaun bagi menggunakan perkhidmatan tersebut untuk pengguna yang telah melakukan pra-tempah.

Proses pra-tempah iPhone 7 | iPhone 7 Plus melalui Maxis ini akan dibuka bermula 7 Oktober 12:01 malam dan tidak kira sama ada anda pelanggan Maxis yang sedia ada atau ingin bertukar menggunakannya, promosi ini tersedia untuk kedua-duanya. Anda perlu mempunyai akaun Maxis Online ID jadi layari laman rasmi mereka bagi mengetahui bagaimana untuk bersedia untuk melakukan pra-tempah bagi membolehkan anda menjadi pengguna iPhone 7 terawal di Malaysia.

Layari: Cara-cara pra-tempah iPhone 7 & iPhone 7 Plus Maxis

Pra-tempah: iPhone 7 & iPhone 7 Plus dari Maxis

Penafian: Advertorial dari Maxis



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Maxis Everywhere Express Akan Menghantar iPhone 7 Kepada Anda Dalam Masa 24 Jam"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info