Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Masih Belum Kemaskini Ke macOS Sierra? Apple Akan Mula Memuat-Turunnya Ke Komputer Anda

Apple telah memperkenalkan sistem operasi generasi baru mereka, macOS Sierra sebelum ini. Ia telah ditawarkan sebagai kemaskini percuma kepada semua pengguna Mac OS sejak daripada bulan lepas.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih belum memuat-turunnya, bermula hari ini (secara berperingkat untuk semua pengguna), pihak Apple akan mula memuat-turun ia secara automatik ke komputer anda di latar.

Seperti biasa, perkara ini perlu diaktifkan terlebih dahulu pada halaman tetapan, dan sekiranya tidak, maka Apple tidak akan memuat-turunnya di latar. Anda boleh menyemaknya pada halaman tetapan di System Preferences → App Store → Download newly available updates in the background.

Apple dikatakan hanya akan memuat-turunnya di latar secara automatik, dan pengguna akan diberikan notifikasi untuk menaik-taraf sistem operasi komputer mereka. Ini bermakna, anda masih perlu berikan kebenaran untuk naik-taraf, dan sekiranya anda berikan, maka anda tidak lagi perlu memuat-turun untuk ia habis dimuat-turun seperti sebelum-sebelum ini.

Apple juga akan mengambil kira beberapa perkara sebelum memulakan proses muat-turun automatik ini, termasuk spesifikasi komputer berkenaan, ruangan storan yang kosong dan sebagainya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Masih Belum Kemaskini Ke macOS Sierra? Apple Akan Mula Memuat-Turunnya Ke Komputer Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info