Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Markah Penanda Aras Apple A10X Tertiris – Lebih Berkuasa Berbanding A10 Fusion

Cip pemproses Apple A10X bakal digunakan pada tiga model iPad Pro yang diramalkan dilancarkan tahun hadapan. Markah penanda aras Geekbench untuk cip ini tertiris dan seperti yang dijangka adalah lebih berkuasa berbanding A10 Fusion. Pada ujian satu teras ia mencatatkan 4236 markah dan pada ujian pelbagai teras pula mencatatkan 6588 markah.

apple-a10x

Sebagai perbandingan markah penanda aras untuk A10 Fusion ialah 3490 untuk satu teras dan 5580 untuk pelbagai teras. Ini meletakkan A10X sebagai cip pemproses paling berkuasa untuk peranti mudah alih di pasaran. Pesaing kepada A10X akan hadir dalam bentuk Snapdragon 830 dan Exynos 8895. Sama-sama kita nantikan markah yang akan dicatatkan oleh kedua-dua pemproses yang bakal digunakan peranti utama Android tahun hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Markah Penanda Aras Apple A10X Tertiris – Lebih Berkuasa Berbanding A10 Fusion"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info