Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Konsep) Sharp Corner R – Peranti Skrin Tri-Lengkung Tanpa Bazel

Apabila Samsung Galaxy Note Edge dilancarkan pada tahun 2014, ia adalah peranti pintar pertama dengan skrin lengkung pada bahagian sisi. Tahun berikutnya Galaxy S6 Edge dilancarkan dengan dwi-skrin lengkung. Rekaan ini mendapat pujian ramai kerana membuatkan peranti seakan tiada bazel pada bahagian sisi dan menjadi ikutan beberapa pengeluar lain.

sharp-corner-r-2

Sharp baru sahaja memperlihatkan Sharp Corner R. Ia adalah peranti pertama dengan skrin 5.2″ HD penuh tri-lengkung yang membuatkan kelihatan seperti peranti tanpa sebarang bazel. Dua skrin sisi dipadankan dengan skrin sisi pada bahagian atas. Ia adalah sebuah konsep yang dihasilkan untuk pameran CEATECH 2016 yang sedang berlangsung di Jepun. Dengan teknologi tri-lekung, 90% permukaan skrin pada bahagian hadapan Corner R adalah skrin. Ini ialah peratusan yang tinggi jika dibandingkan dengan iPhone ataupun Google Pixel.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Konsep) Sharp Corner R – Peranti Skrin Tri-Lengkung Tanpa Bazel"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info