Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jadual Dan Tarikh Pembayaran BR1M 2017

Pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi tahun 2017 telah dinaikkan meliputi semua empat golongan penerima.

BR1M 2017

Bantuan BR1M 2017 akan melibatkan tujuh juta isi rumah di Malaysia membabitkan peruntukan RM6.8 bilion.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) ini adalah untuk memastikan penerima BR1M berupaya untuk membuat pelan bajet dengan lebih baik, khususnya terhadap perbelanjaan dan keperluan harian masing-masing.

Kategori Dan Jadual Tarikh Pembayaran BR1M 2017

1. Pendapatan Isi Rumah Bawah RM3,000

Bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, pembayaran BRIM telah dinaikkan dari RM1,050 ke RM1,200.

2. Pendapatan Isi Rumah RM3,000 Hingga RM4,000

Bagi isi rumah yang berpendapatan dari RM3,001 ke RM4,000, pembayaran BR1M dinaikkan dari RM800 ke RM900.

3. Individu Bujang Berpendapatan RM2,000 Ke Bawah

Bagi individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah dan berumur 21 tahun ke atas,, layak mendapat BR1M berjumlah RM450, berbanding RM400.

4. Isi Rumah Penerima eKasih

Bagi kategori penerima e-kasih, kadar BR1M dinaikan daripada RM1,050 kepada RM1,200.

Cara Pembayaran BR1M

Pembayaran BRIM akan dikreditkan secara langsung dalam akaun bank penerima.

Baucer BR1M

Bagi penerima BRIM yang tidak memberi maklumat berkaitan akaun bank, baucar BRIM akan dihantar ke alamat berkenaan dan baucar BRIM tersebut boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Penerima yang ingin mengemaskini informasi berkenaan dengan penerima manfaat boleh melakukannya di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalaman Negeri (LHDNM).

Untuk maklumat yang melanjutkan, sila hubungi nombor telefon 1800-88-2716 atau hantar e-mel ke br1m@treasury.gov.my.

*Maklumat berkaitan BR1M 2017 akan dikemaskini dari masa ke semasa.

BACA INI JUGA: Jadual Pembayaran, Pendaftaran, Kemaskini dan Rayuan BR1M

Sumber: AA



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jadual Dan Tarikh Pembayaran BR1M 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info