Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Grafik MAFIA III Untuk PC Dihadkan Ke 30 FPS Buat Masa Ini

Mafia III mula dijual hari ini. Penantian selama enam tahun untuk kesinambungan kepada Mafia II akhirnya berakhir. Bagi pengguna PC, versi pada platform pilihan mereka ini selalunya mempunyai tetapan lebih tinggi berbanding konsol. Berita kurang menyenangkan hari ini ialah pada PC, pihak 2K menghadkan grafik kepada 30 FPS buat masa ini.

Ini pastinya menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengguna yang memiliki PC dengan pemproses dan kad grafik terkini. Pihak 2K walau bagaimanapun menegaskan pihak mereka akan mengeluarkan patch pada hujung minggu ini bagi memberikan tetapan kelajuan 30, 60 dan tanpa hada untuk FPS pada PC pengguna. Sudahkah anda bersedia untuk ke New Bordeux?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Grafik MAFIA III Untuk PC Dihadkan Ke 30 FPS Buat Masa Ini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info