Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Duo Akan Hadir Terpasang Pada Peranti Android Baru – Menggantikan Hangouts

Google menyediakan beberapa kriteria untuk para pengeluar peranti melaksanakannya bersama-sama telefon pintar Android, termasuk menyertakan sejumlah aplikasi dan perkhidmatan Google. Salah satu daripadanya adalah Hangouts.

Namun, kini Google dilihat membuat sedikit perubahan. Bermula Disember 2016 kelak, peranti Android keluaran baru tidak lagi diperlukan menyertakan Hangouts, sebaliknya ia digantikan dengan Duo.

Google Duo

Duo merupakan salah satu aplikasi panggilan video seorang-ke-seorang yang telah diperkenalkan oleh Google sebelum ini. Perubahan ini pada kriteria yang ditetapkan Google sekaligus memperlihatkan fokus mereka dalam membawa panggilan video sebagai salah satu teras dalam peranti Android.

Hangouts pula akan kekal beroperasi seperti biasa, dan pengeluar boleh memilih untuk menyertakannya secara terbina atau tidak. Jikalau tidak disertakan, tetapi masih diminati seseorang pengguna, mereka masih boleh memuat-turunnya daripada Google Play Store. Beberapa laporan sebelum ini telah mengatakan Google ingin memfokuskan Hangouts untuk arena perusahaan, dan ini mungkin salah satu langkah disebabkan olehnya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Duo Akan Hadir Terpasang Pada Peranti Android Baru – Menggantikan Hangouts"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info