Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Chromecast Ultra Diperkenalkan Dengan Sokongan 4K Dan Penyertaan Ethernet

Dengan fokus terhadap bahagian perkakasan (hardware), Google hari ini telah memperkenalkan beberapa produk baru. Selain telefon pintar dan set realiti-maya, pihak Google turut tidak melupakan peranti popular mereka untuk penggunaan di ruang-tamu, iaitu Chromecast.

Chromecast Ultra

Pada tahun ini, Google memperkenalkan Chromecast Ultra, yang mana hadir dengan sokongan 4K dan juga HDR. Ini semestinya digemari oleh ramai pengguna yang kini mempunyai televisyen pada resolusi tinggi di rumah mereka.

Pihak Google turut menyertakan sokongan Ethernet pada bahagian adapter Chromecast Ultra, membolehkan pengguna menikmati kandungan 4K tanpa masalah menggunakannya.

Chromecast Ultra

Chromecast Ultra akan dijual pada harga $69 (~sekitar RM285) di Amerika Syarikat. Memandangkan kita sedia melihat penawaran dua generasi Chromecast di Malaysia, mungkin versi baru ini turut akan hadir ke Malaysia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Chromecast Ultra Diperkenalkan Dengan Sokongan 4K Dan Penyertaan Ethernet"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info